Syarat Perkhidmatan (Terms of Service)
Kemas kini terakhir: 05 June 2026
1. Pengenalan
Selamat datang ke SenangIncome (senangincome.com). Dokumen ini menggariskan terma dan syarat yang mengawal penggunaan platform kami. Dengan mendaftar sebagai pengguna atau ejen, anda bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat ini sepenuhnya.
2. Sifat Perkhidmatan
SenangIncome menyediakan perisian "Web Replika" automatik dan "Sistem Affiliate" yang membolehkan ahli menjana komisen melalui rujukan (referral). Kami juga menyediakan ilmu pemasaran digital sebagai panduan. Kami BUKAN sebuah skim pelaburan, MLM, atau skim cepat kaya. Pendapatan bergantung sepenuhnya kepada usaha pemasaran individu.
3. Pendaftaran Akaun & Status Ejen Bebas
- Ahli (Ejen) yang berdaftar bertindak sebagai kontraktor bebas, dan BUKAN pekerja, rakan kongsi, atau wakil sah syarikat.
- Satu ID pendaftaran hanya sah untuk seorang individu. Akaun tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran pihak HQ.
- Segala maklumat yang diberikan semasa pendaftaran (nama, e-mel, maklumat bank) mestilah tepat dan sah.
4. Pembayaran Komisen & Pengeluaran
- Komisen rasmi sebanyak RM30.00 akan diberikan secara automatik untuk setiap rujukan yang berjaya membuat pengaktifan.
- Pengeluaran (Withdrawal) hanya boleh dibuat setelah baki dompet (wallet) mencapai had minimum (RM30 atau seperti yang ditetapkan HQ).
- Proses pengeluaran mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja dan akan dipindahkan terus ke akaun bank tempatan yang didaftarkan.
5. Kod Etika & Larangan
Akaun anda boleh digantung atau ditamatkan serta-merta tanpa notis jika anda didapati melanggar larangan berikut:
- Menggunakan kaedah SPAM (e-mel, ruangan komen, WhatsApp) untuk mempromosikan pautan affiliate.
- Memberikan janji palsu atau jaminan pendapatan tetap ("Overclaim") kepada prospek.
- Memanipulasi sistem, mencipta akaun palsu, atau melakukan sebarang bentuk penipuan siber.
6. Pemulangan Wang (Refund Policy)
Segala bayaran yuran pengaktifan infrastruktur sistem adalah MUKTAMAD. Oleh kerana produk ini adalah perisian digital dan akses sistem serta-merta, kami tidak menyediakan sebarang polisi pemulangan wang (No Refund).
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi saluran sokongan rasmi kami yang tertera di dalam Dashboard Ejen.